Dapatkan FREE Quotation. Jom mulakan Wasiat Hibah Anda bersama Wasiyyah Shoppe!!!

At-Tijarah Wasiyyah Shoppe

At-Tijarah Wasiyyah Shoppe

At-tijarah wasiyyah shoppe
At-tijarah wasiyyah shoppe
  
Apakah pelan At-tijarah ni? Sebenarnya pelan ini adalah satu pelan khas untuk orang islam merancang pewarisan perniagaan mereka kepada waris dengan lancar.

Perancangan pewarisan ini berhasrat agar perniagaan mereka dapat terus beroperasi dengan lancar selepas kematian, dan waris dapat manfaat seperti yang dihajati pewaris, seterusnya menyumbang kepada kegiatan ekonomi orang islam.

pewarisan perniagaan at tijarah
pewarisan perniagaan at tijarah

Masalah Pewarisan Perniagaan

- Siapa akan jadi peneraju gantian?
- Adakah lantikan peneraju gantian secara sebulat suara atau undi majoriti mudah?
- Adakah waris akan masuk campur dalam perniagaan?
- Adakah pemegang saham lain menerima waris tersebut dalam operasi perniagaan?
- Siapa akan jadi penanda tangan cek?
- Biasa setiausaha syarikat mengisi borang 32A secara pre signed and undated. Walaubagaimanapun amalan begini adalah salah dan jika dibukti palsu, setiausaha syarikat boleh dikenakan dakwaan!
- Ada juga setiausaha syarikat yang menunggu waris membawa surat kuasa mentadbir atau probet. Dan selepas itu barulah nama pemilik ditukar kepada pentadbir. Selepas itu barulah pentadbir mengisi borang 32A yang baru untuk ditukar kepada nama waris-waris yang lain.

Objektif Pelan At-Tijarah 

- Mengawal proses pindahmilik kepada waris seperti yang dikehendaki pemilik
- Memastikan operasi syarikat terus berjalan walaupun selepas kematian pemilik
- Isu-isu berkaitan peneraju gantian dan campurtangan waris-waris lain
- Memastikan waris-waris mendapat manfaat

cara buat at-tijarah wasiyyah shoppe
cara buat at-tijarah wasiyyah shoppe

Cara At-Tijarah Dilaksanakan

Hibah kepada penerima
- Dengan ini akan mempermudahkan lagi tentang proses perundangan untuk menukar hakmilik saham kepada waris penerima hibah.
Surat ikatan amanah
- Untuk mengikat pembahagian manfaat kepada waris-waris lain yang terlibat. Jika peneraju gantian atau waris yang jadi peneraju gantian tidak melaksanakan arahan seperti dalam surat ikatan amanah, maka waris-waris lain boleh mendakwa dalam saman sivil kerana pecah amanah.


Jika anda merasakan anda mempunyai perniagaan yang mempunyai situasi yang kompleks, tapi hasrat anda adalah proses pindahmilik kepada waris berjalan lancar, sila hubungi kami kerana kami serius!

Kita bincang details ok? Isi borang quotation dulu...


Jika Anda SERIUS nak MULAKAN WASIAT HIBAH,
Jom Dapatkan Quotation Harga! (Free Sahaja)