Dapatkan FREE Quotation. Jom mulakan Wasiat Hibah Anda bersama Wasiyyah Shoppe!!!

Hibah Wasiyyah patuh syarak

Hibah Wasiyyah patuh syarak

Wasiyyah Shoppe Patuh Syarak
Wasiyyah Shoppe Patuh Syarak

Wasiyyah Shoppe 

Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (Wasiyyah Shoppe), organisasi pakar perancangan harta pusaka Islam memberi jaminan bahawa semua produknya terutama Hibah mematuhi hukum syarak dan berkuatkuasa daripada segi aspek undang-undang Syariah.

Pengerusi Panel Penasihat Syariahnya, Ustaz Profesor Mohd Ridzuan Awang berkata, semua produk Wasiyyah Shoppe mendapat pengesahan patuh syariah daripada panelnya.

“Sebagai Panel Penasihat Syariah tanggungjawab utama kami adalah memantau, memeriksa, menambah baik dan memastikan semua format produk Wasiyyah Shoppe dihasilkan mengikut peruntukan undang-undang syariah berkaitan serta tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, 21 format produk Hibah diperiksa Panel Penasihat Syariah dan diluluskan patuh Syariah sehingga 31 Disember 2014.

Antaranya adalah Hibah Hartanah, Hibah Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Hibah Saham Syarikat untuk pewarisan perniagaan, Hibah Kenderaan, Hibah Barang Kemas dan beberapa Hibah harta lain.

“Umat Islam di Malaysia tidak perlu ragu dengan format ini kerana ia bukan saja diluluskan sebagai patuh syariah oleh panel penasihat kami, malah banyak perintah pengesahan Hibah daripada mahkamah syariah seluruh Malaysia mengesahkan bahawa Hibah oleh Wasiyyah Shoppe adalah sah dan berkuatkuasa daripada undang-undang Syariah Malaysia,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, umat Islam kerap terkeliru perbezaan antara Hibah dan Wasiat di mana kebanyakan mereka mahu instrumen untuk membahagikan harta masing-masing kepada sesiapa dikehendaki, sama ada waris atau bukan waris.

“Hasrat ini hanya boleh dicapai melalui Hibah manakala Wasiat pula jika dibuat kepada waris perlu mendapat persetujuan semua waris selepas kematian pewasiat,” katanya.


Jika Anda SERIUS nak MULAKAN WASIAT HIBAH,
Jom Dapatkan Quotation Harga! (Free Sahaja)