Dapatkan FREE Quotation. Jom mulakan Wasiat Hibah Anda bersama Wasiyyah Shoppe!!!

Wasiyyah Shoppe Berhad Adalah Syarikat Amanah

Wasiyyah Shoppe Berhad Adalah Syarikat Amanah

Wasiyyah Shoppe Berhad adalah syarikat amanah
Wasiyyah Shoppe Berhad adalah syarikat amanah


WASIYYAH Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe), organisasi peneraju di dalam industri perancangan harta dan pengurusan harta pusaka umat Islam di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan kelulusan yang telah diperolehnya sebagai syarikat amanah.

Pengarah Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, Wasiyyah Shoppe Berhad secara rasminya kini adalah sebuah syarikat amanah (Trustee Company) di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 apabila permohonan syarikat diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 19 Mac lalu.

"Status sebagai Syarikat Amanah ini memberikan ruang dan bidang kuasa yang lebih besar kepada Wasiyyah Shoppe untuk memberikan perkhidmatan lebih efektif dan bermanfaat kepada pelanggannya," katanya.

Tambahnya, antara tanggungjawab yang kini boleh dilaksanakan bagi pihak pelanggannya ialah menjadi wasi bagi proses pengurusan harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil.

“Selama ini waris menjadi wasi dan kami hanya bertindak sebagai fasilitator kepada urusan harta pusaka dengan membantu waris melalui semua proses perundangan berkaitan.

"Tetapi dengan status syarikat amanah, Wasiyyah Shoppe kini boleh menjadi wasi menguruskan semua proses perundangan bagi pihak waris dan waris tidak perlu bersusah-payah.

"Selain dari itu, sebagai syarikat amanah berdaftar, Wasiyyah Shoppe juga kini boleh dilantik sebagai pemegang amanah kepada harta pelanggan kami sama ada harta alih atau harta tidak alih," katanya.

Ariffin  berkata, para pelanggan sedia ada akan ditawarkan untuk melanggan perkhidmatan pengamanahan baharu Wasiyyah Shoppe dengan tawaran diskaun istimewa. 

“Selain pelanggan sedia ada yang akan melanggan produk pengamanahan baharu  kami, kami juga melihat kepada potensi industri pengamanahan yang sangat besar di Malaysia.

"Selama 14 tahun beroperasi kami dapat melihat kepada permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan  masyarakat untuk produk pengamanahan terutama produk yang berasaskan Syariah. "Situasi ini dijangka akan memberi kelebihan kepada Wasiyyah Shoppe kerana kesemua produk Wasiyyah Shoppe adalah patuh Syariah," katanya.

Wasiyyah Shoppe menyasarkan jumlah pelanggan berkembang pada kadar 40 peratus berbanding jumlah 2017 hasil daripada operasinya sebagai Syarikat Amanah. 

Wasiyyah Shoppe Berhad kini memberikan perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan harta pusaka kepada lebih 50,000 umat Islam seluruh Malaysia.


Jika Anda SERIUS nak MULAKAN WASIAT HIBAH,
Jom Dapatkan Quotation Harga! (Free Sahaja)